Salam keceriaan buat sahabat tersayang…kali ini cik ‘T.R’ nak kongsi tentang satu perasaan yang Allah anugerahkan kepada hamba-hambaNya yang amat dikasihi hatta setiap detik helaan nafas hambaNya. Perasaan itu adalah ‘syukur’. Yup, cik ‘T.R’ pasti memang anda semua sudah tahu apa erti perasaan bersyukur kan?.syukur secara umumnya adalah apabila kita berterima kasih dengan segala pemberian serta anugerah yang kita perolehi.
Cik ‘T.R’ nak kongsi bab syukur ni pun adalah sekadar untuk peringatan untuk diri sendiri jugak. Alhamdulillah, cik ‘T.R’ sekarang masih lagi berpeluang dapat belajar dan meraih ilmu-ilmu Allah dengan baik. Dan Alhamdulillah Allah masih lagi memberi kesempatan untuk cik’T.R’ memahami dan serta mendalami ilmu Allah yang Maha luas ini.SUBHANALLAH..
Hari tu cik ‘T.R’ ade baca buku motivasi ‘La Tahzan’ karya Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni tentang bab ‘merenunglah dan bersyukur’. Memang menarik setiap untaian kata yang dikarang oleh beliau. Sedang khusyu’ baca artikel tu, mata cik ‘T.R’ tiba-tiba tertarik dengan kata beliau bahawa kita sebenarnya telah meraup kenikmatan yang tiada terhitung. Ya..’kenikmatan yang tiada terhitung’..memang nikmat yang Allah berikan kat hambaNya memang tak terhitung. Allah itu Maha pemurah. Kadang-kadang pernah lahir ketidakpuasaan di hati kita bila sesuatu itu tak mampu dicapai. Kadang-kadang perasaan bersyukur itu hanya terzahir bila diri ini betul-betul dapat menikmati apa yang diinginkan. Ya Allah, betapa hinanya hambaMu ini yang seringkali merupakan nikmatMu yang paling besar iaitu nikmat iman dan hidup.
Alhamdulillah ya Allah.. dengan izinMu aku masih lagi mampu menikmati hidup ini. nikmatMu yang meliputi dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, kesihatan badan, keamanan Negara, kejayaan serta bermacam-macam lagi yang kadang-kadang tidak ku sedari. Allah berfirman:
…Dia telah memberikan nikmat-nikmatNya secara sempurna kepada kalian, baik yang zahir mahupun yang batin…….(surah luqman, ayat 20)
Kadang-kadang diri ini rasa tak mampu nak jalani hidup bila melihat orang sekeliling mampu mengecapi apa yang mereka hajati. Untungnya mereka kan??? Terdetik jugak di hati akan kekurangan diri apabila melihat kesempurnaan manusia di sekeliling kita. Rasa tercabar juga untuk menjadi seperti mereka kan?..tapi, kalau yang tak pernah rasa macam tu, Alhamdulillah..pesan cik ‘T.R’ untuk diri dan untuk anda semua agar mampu mensyukuri nikmat yang telah Allah kurniakan selama ini dan dapat menfaatkan nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Kerana nikmat Allah itu meliputi ZAHIR dan BATIN. Hanya kita sendiri yang mampu menyedarinya. Setiap detik hidup yang dilalui sebenarnya tidak terlepas dari nikmat Allah..ALLAHUAKBAR..jadi sama-samalah kita mengingati antara satu sama lain ye. UKHUWAH itu indah, selamilah erti keindahannya.
0 comments:
Post a Comment