Pages

macam-macam rasa

Saturday, 12 May 2012

Anda Kuat Berangan tak???



       Salam semua, semoga korang sentiasa sihat dan berada di bawah rahmatNYA. Amin. Posting kali ni cik ‘T.R’ nak sentuh skit bab berangan. Kita semua memang tahu apa itu berangan-angan kan. Tapi jangan ingat buah berangan plak..yang tu kes lain plak.



gambar sekadar hiasan
Pernah dengar kan pasal istilah angan-angan mat jenin kan?.kalau ikut kefahaman cik ‘T.R’ ni angan-angan mat jenin ni macam tahu berangan je, tapi takde usaha. Tapi, maklumlah kita ni manusia biasa kan, kadang-kadang tak terlepas dari berangan. Selalu duk fikir ‘bestnya kalau dapat…’, ‘bestnya kalau macam ni..’.













Dan seperti biasa, cik ‘T.R’ ni agak ‘ulat buku’ skit kot. Suka la bace artikel berkaitan motivasi diri. Hopefully dapatlah menenangkan diri yang sudah agak serabut ni. Hari tu ada baca artikel sal ‘masa depan akan datang dengan sendirinya’ karya Dr ‘Aidh Bin Abdullah Al-Qarni’. Dan seperti biasa input-input nilah yang cik ‘T.R’ ingin kongsikan dengan teman-teman seperjuangan semua.


ni la bukunya..harap korang pun berkesempatan bace buku ni ye..

Menurut beliau(Dr ‘Aidh), syariat menyatakan bahawa apabila kita memberi kesempatan kepada fikiran untuk memikirkan masa depan dan membuka alam ghaib dan terhanyut dalam kecemasan yang baru diduga darinya adalah sesuatu yang tak dibenarkan. Kerana ianya termasuk thulul amal(angan-angan yang terlalu jauh).  Ia dapat dikatakan sama dengan berusaha perang melawan bayang-bayang. Justeru manusia pada hari ni tak terlepas dengan ramalan-ramalan tentang kelaparan, kemiskinan, malapetaka dan sebagainya. Cik ‘T.R’ pun kadang-kadang terpengaruh jugak dengan ramalan-ramalan sebegini. So, jom kita sama-sama fikir dengan cara positif akan sesuatu perkara ye.

Jadi, apa pendapat korang sume?. Sebenarnya cik ‘T.R’ baru tahu tentang hakikat ni dan teringin la nak berkongsi ngan  teman smua. Tapi, kalau dah ade yang tahu tu baguslah. ISLAM itu teramatlah indah dan sempurna. Islam menggariskan umatnya dengan panduan yang begitu syumul termasuklah dari segi aspek pemikiran kita.

Jadi, apa yang cik ‘T.R’ boleh cakap adalah berangan tu tak salah. Memang tak salah bagi kita untuk menentukan masa depan kita. sebab hidup ni perlu bermatlamat dan ada hala tuju kan?. Tapi yang bahayanya apabila kita terlalu memikirkan masa depan tersebut sehingga apabila sampai pada satu tahap kita tak mampu untuk mencapainya. Pasti kita akan terasa amat kecewa,sedih,marah dan macam-macam lagi kan?. Sebab itulah Islam menggalakkan kita untuk bersederhana dalam pemikiran kita kerana bimbang ia akan mengganggu emosi kita sendiri. Ia secara tak langsung mematahkan semangat kita untuk menghadapi hari-hari yang mendatang. Bak pepatah omputih ‘life must go on’. Caiyok teman-teman semua.
    

0 comments:

Post a Comment