Salam rakan bloggerku yang sweet dan hensem selalu..hari ni tiba-tiba cik 'T.R' rasa macam nak share ngan korang tentang rasa 'sambal hitam belimbing buluh'...selalu cerita pasal motivasi je kan..jadi, kali ini nak kongsi ngan korang sume tentang keunikan sambal hitam belimbing buluh. Pertama-tamanya ni la belimbing buluh dan pokoknya. Jadi, lepas ini senang la nak kenal macam mana bentuk belimbing buluh ni ye..
Sebenarnya dah selalu sangat dah cik 'T.R' dengar pasal buah belimbing buluh ni. tapi agak payah jugak la nak jumpa pokok ni. selalu jumpa pokok belimbing yang biasa je. Agaknya nama belimbing buluh tu pun sempena dengan bentuknya yang seakan-seakan buluh yang kita selalu buat lemang mase raye tu..huhu...kebiasaannya senang nak jumpa pokok belimbing ni kat kawasan perkampungan. kat bandar payah skit la.jadi, berbalik tentang sambal belimbing buluh yang masih tergantung cantik kat atas tu, mengikut interview bersama rakan sebilik yang jugak orang Pahang, katanya memang resepi 'sambal hitam belimbing buluh' ni berasal dari pahang. original made in Pahang tau!!!
Kali pertama dengar nama sambal ni cik 'T.R' rasa macam tak yakin je nak rasa. maklumlah, rasa belimbing buluh kan masam. Jadi, cik 'T.R' agak macam tak sedap je bila buat sambal. Tapi, bila rakan sebilik bawak hari tu, dia pun bagi la kat cik 'T.R' suruh rasa.. fuhh, memang best hingga menjilat jari..macam tagline kfc tu 'finger lickin good'.. rasa dia macam ala-ala serunding. cuma ia lebih pedas dan masam sedikit.nah, ni dia sambal belimbing buluh untuk tatapan korang semua..amacam??apa pendapat korang??
![]() |
'Hitam-hitam si tampok manggis, sugguhpun hitam ku pandang manis.' |
Hitam kan??..ya, dah memang hakikatnya sambal hitam ni berwarna hitam sepadan dengan namanya ..tapi bagi cik 'T.R' ' hitam-hitam si tampok manggis, sungguhpun hitam ku pandang manis'.. macam tu lah boleh diibaratkan sambal hitam pahang ni. bagi rakan blogger cik 'T.R' yang tak pernah rasa sambal ni, jom kita pakat rasa ye. maklumlah negara Malaysia ni memang unik dengan kepelbagaian budaya dan juga makanannya. memang cik 'T.R' berbangga jadi rakyat malaysia..huhu..kalau tak, tak dapatlah merasa keunikan sambal hitam pahang ni.
semenjak merasai kelazatan sambal ni..cik 'T.R' pun cuba la menemu ramah orang pahang sendiri untuk bertanya dengan lebih lanjut..dah macam ala-ala wartawan gitu.. kebiasaannya bahan yang digunakan untuk menyediakan sambal hitam ni lebih kurang sama je, macam ikan bilis, cili padi, bawang merah dan bawang putih. tetapi cara memasaknya je kadang-kadang yang berbeza. ada yang berpendapat lagi kering sambal tu lagi sedap. ada pulak yang kata lagi pedas lagi menyengat. namun yang pastinya kalau nak masak sambal ni, memang kena rebus belimbing tu sampai jadi hitam!!!http://warisanbondaresepi.blogspot.com/2010/05/sambal-hitam-sambal-belimbing-buluh.html
p/s: kat sini ade link bagi sape-sape yang nak cuba resepi sambal hitam belimbing buluh..silakan mencuba ye:
p/s: kat sini ade link bagi sape-sape yang nak cuba resepi sambal hitam belimbing buluh..silakan mencuba ye:
Jadi, apa tunggu lagi..moh la rasa..
0 comments:
Post a Comment