Semenjak isu pemansuhan PTPTN mula diperdebatkan di negara kita pelbagai reaksi dalam kalangan pelajar dapat kita saksikan baik dari segi positif mahupun negatif. Tidak dapat dinafikan bahawa pemansuhan PTPTN di dalam usaha untuk mendapatkan pendidikan secara percuma ini mampu memberi sinar baru kepada mahasiswa. Semua mahasiswa secara amnya menginginkan pembelajaran secara percuma.
Semenjak di bangku sekolah lagi pelbagai insentif telah diberikan kerajaan demi memastikan semua pelajar dapat menikmati pendidikan dengan sempurna di samping mambantu mereka untuk mengubah masa depan yang lebih baik. Ini kerana hanya harta ilmu merupakan harta yang penting untuk kita. Kaya ilmu bermakna kita tidak akan miskin jiwa dan harta bahkan islam sendiri menuntut seluruh umatnya agar menuntut ilmu.
Namun timbul persoalan di mana mampukah kerajaan untuk menyediakan pendidikan percuma kepada semua pelajar di negara ini?. Banyak kemudahan pendidikan yang telah diperuntukkan oleh kerajaan sama ada di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah sehinggalah di peringkat institusi pengajian tinggi. Mungkin ada dalam kalangan kita yang sudah lupa akan semua ini. Justeru sebagai seorang mahasiswa kita perlulah bersikap lebih rasional dan matang di dalam memutuskan sesuatu perkara. Baru-baru ini negara telah dikejutkan dengan demonstrasi oleh mahasiswa mengenai pemansuhan PTPTN di Dataran Merdeka. Apa yang dikesalkan di sini adalah tentang demonstrasi tersebut yang seakan-akan mempamerkan nilai- nilai yang tidak sepatutnya ada dalam diri seorang mahasiswa.

Walaupun pindaan telah dibuat terhadap Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (pindaan) 2012 (AUKU) ini tidak bermakna bahawa mahasiswa diberi kebebasan sepenuhnya untuk berpolitik. Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan selaku Menteri Pelajaran Malaysia di dalam kenyataannya ketika mengulas mengenai ‘Pindaan AUKU: Mahasiswa perlu lebih bertanggungjawab’, akhbar berita harian bertarikh 26 April baru-baru ini menyatakan bahawa golongan mahasiswa hendaklah lebih bertanggungjawab dan tidak menyalahkan kebebasan berpolitik yang diberikan demi kepentingan dan juga keselamatan negara. Beliau juga menyifatkan bahawa mahasiswa pada hari ini adalah lebih matang dalam membuat keputusan serta mampu mengambil tindakan yang sewajarnya andai terdapat ketidakpuasan hati akan sesuatu perkara.
gunakan duit yang kita pinjam dengan sebaik mungkin ye. |
demonstrasi pemansuhan PTPTN yang berlaku baru-baru ini |
Isu PTPTN tidak seharusnya diperbesarkan oleh mahasiswa. Kita perlu bersikap dengan lebih terbuka di mana PTPTN merupakan salah satu sumber untuk pelajar bagi menyambung pengajian mereka. Tidak dinafikan terdapat juga tawaran biasiswa untuk mahasiswa meneruskan pengajian mereka, namun ianya tidak mampu untuk menampung keseluruhan pelajar di negara ini. Justeru PTPTN ditubuhkan untuk membiayai serta merealisasikan impian mahasiswa yang betul-betul ingin belajar serta ingin berjaya di masa hadapan. Jika PTPTN sudah tiada bagaimanakah nasib mereka yang ingin melanjutkan pelajaran nanti seandainya mereka tidak ditawarkan biasiswa. Adakah kita ingin menguburkan impian mereka begitu sahaja?. Juga harus diingat bahawa apabila kita sudah meminjam seharusnya kita akan membayarnya kembali. Hal sebegini secara tidak langsung melatih serta memotivasikan mahasiswa supaya menjadi lebih bertanggungjawab untuk membayar balik pinjaman setelah tamat pengajian nanti. Seandainya kita mempunyai pemikiran sebegini kita akan sedaya upaya memanfaatkan pinjaman yang diberikan dengan menimba ilmu serta pengalaman yang berguna dan fokus dengan pengajian agar masa depan akan lebih terjamin setimpal dengan usaha yang telah kita lakukan semasa belajar.
Slots Machines Near Me | Kansas City - OKLAS
ReplyDeleteThe Oklahoma City casinos were approved by the 강원 랜드 칩걸 gaming commission in May 네온 벳 to 텐벳 먹튀 offer some form of gaming 일본야구 분석 사이트 entertainment to residents. 해외 축구 스코어