ni lah dia ikan singgang yang kaler kuah dye warne kuning |
Salam ceria buat semua…kali ni nak cerita tentang ‘ikan singgang’..tiba-tiba je duk teringat masakan mak kat kampung. Walaupun hanya masakan kampung tapi kalau dah lame tak pekena memang sah licin dua pinggan. Dah la lame tak balik ni. Kalau citer bab makan cik ‘T.R’ memang menggemari masakan kampung, maklumlah orang kampung..
Kalau ikut pendapat rakan-rakan cik ‘T.R’ ni, diorang cakap cara masakan ikan singgang ni berbeza ikut negeri masing-masing. Kadang-kadang ada yang kuah kuning, ade yang putih dan ada juga yang letak budu. Tapi kalau letak budu tu memang first time la cik ‘T.R’ dengar. Tak pernah lagi tengok camne rupanya. Klau bleh teringin jugak la nak cuba rase. Maklumlah, budu ni memang best. Rugi tau sape yang tak makan budu..hehe..tapi jangan terlebih plak.
ni plak ikan singgang kuah dye kaler putih.. |
Tapi, tak kisahlah ape pun namanya. Yang penting masakan ni paling mudah dan ringkas yang pernah cik ‘T.R’ buat. Ala-ala main campak-campak gitu. Letak je ape yang patut. Pastu siap. Ape lagi, jom semak resepi:
Mana-mana resepi singgang akan menggunakan lengkuas sebagai bahan utamanya. Bezanya, untuk singgang daging, kita akan masukkan ketumbar, manakala untuk singgang ikan, kita tidak letak ketumbar. Bahan-bahan lain untuk masakan singgang adalah seperti berikut:
Bahan Masakan Asas
Bahan Masakan Asas
- Air 4 cawan
- Lengkuas (sangat penting kalau nak masak singgang ni)
- Asam keping (salah satu bahan utama dalam masakan singgang)
- Bawang putih 3 ulas(dipotong halus)
- Garam secukup rasa
- Gula sesudu
- 4 biji lada kecil atau 2 biji lada hijau besar
Bahan Masakan Tambahan
- Bawang merah 2 ulas dipotong halus (Merupakan bahan masakan pilihan. Tidak mahu letak pun tidak mengapa)
- Bendi (Bendi merupakan bahan masakan pilihan. Tidak mahu letak pun tidak mengapa)
- Serbuk kunyit (Kunyit merupakan bahan masakan pilihan. Tidak mahu letak pun tidak mengapa)
- Ikan tongkol (ikan aya) atau ikan kembung atau ikan selar kuning.
Cara-cara memasak
Cara-cara memasak singgang ikan tongkol atau ikan kembung atau ikan selar kuning adalah seperti berikut:
Cara-cara memasak singgang ikan tongkol atau ikan kembung atau ikan selar kuning adalah seperti berikut:
- Masukkan bahan asas ke dalam periuk kecuali garam, gula dan lada.
- Masukkan bawang merah sekiranya mahu.
- Masak sehingga mendidih.
- Setelah air mendidih, barulah masukkan ikan, lada dan bahan-bahan tambahan yang lain.
P/S: kalau nak lagi sedap makan ikan singgang ngan budu dan ulam..memang kaww..cuba-cuba la rasa ye..
orait, kali ni sampai setakat ni dulu ye. i.Allah nanti cik 'T.R' akan try update masakan-masakan atau juadah yang unik kat malaysia ni.
orait, kali ni sampai setakat ni dulu ye. i.Allah nanti cik 'T.R' akan try update masakan-masakan atau juadah yang unik kat malaysia ni.
0 comments:
Post a Comment