Salam ceria semua..bersempena dengan hari ibu yang kita raikan semalam, cik ‘T.R’ ingin mengucapkan selamat hari mak kat mak ‘T.R’ yang tersayang dan tak lupa jugak kepada seluruh ibu-ibu kat Malaysia ni. Hari-hari adalah hari ibu sebenarnya sebab bagi cik 'T.R' satu hari untuk meraikan ibu yang telah banyak berkorban untuk kita memang tak cukup la. memang hari-hari kita perlu meraikan 'hari ibu'. memandangkan cik ‘T.R’ sekarang dah agak besar panjang dah. kadang-kadang diri ni terfikir, mampu ke aku nak jadi macam mak. Sekarang ni pun bila banyak kerja selalu je merungut. Tapi bila tengok mak, selalu je senyum. Langsung tak pernah tunjuk kat kita tentang bebanan yang ditanggung walaupun hakikatnya Allah yang tahu. Mak, teringinnya nak kekalkan senyuman mak tu. Tak sanggup tengok mak nangis. Tak sabar nak balas budi mak. Semoga diri ini pun mampu jadi mak yang terbaik macam mak untuk anak-anak nanti.
Berapa banyak AIR MATA IBU yang kita tidak nampak yang telah GUGUR atas KEKASARAN KATA, KETERLANJURAN PERBUATAN..sama ada sedar atau tidak, mungkin di sebalik senyuman tuanya..ada DUKA yang TERPENDAM terhadap kita..maafkan diri ini ibu.. kerana aku tahu andai terguris hatimu aku tak mampu untuk menjadi seorang manusia yang diredhai oleh Allah..
IBU, maafkanlah aku..kerana aku PERCAYA, di dalam hatimu..selalu ADA TANGIS, yang tidak pernah terlihat olehku
![]() |
Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu
Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuu!"
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu
Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Renungkan:
Renungkan:
Dulu Ibu kata: “Kalau kamu sudah habis belajar dan
berkerja… bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu
bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun
cukuplah”.
Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus
sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu
sudah tiada.
Ya Allah..semoga diri ini tidak lupa akan tanggungjawab sebagai seorang anak.amin YA RABB.
0 comments:
Post a Comment