Pages

macam-macam rasa

Wednesday 25 April 2012

DILEMA PEMANSUHAN PTPTN....apa kata anda?


Baru-baru ini negara dikejutkan dengan isu pemansuhan PTPTN yang sehingga kini masih lagi rancak diuar-uarkan mahupun di media cetak atau media elektronik. sememangnya isu ini amat dekat dengan kita sebagai seorang mahasiswa. Apatah lagi sebagai salah seorang peminjam PTPTN. Kebiasaanya pelajar-pelajar bila dapat sahaja pinjaman PTPTN, mereka punya gembira jangan cakapla…..sampai ada yang lupa diri. Mulalah joli sakan untuk benda-benda yang kurang priority. Tapi bukan semua……ada yang pandai berjimat dan ada juga yang dapat separuh daripada pinjaman PTPTN.

Yang ini mahu tidak mahu perlu kerja part time atau ikat perut. Mereka datang pula daripada golongan yang keluarga yang  berpendapatan sekitar RM5,000 tetapi mempunyai 7 orang anak yang masih bersekolah. Macam mana tu?
Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang pendapatan bulanan bersih keluarga mereka RM4,000 ke bawah layak mendapat pinjaman penuh iaitu meliputi yuran dan sara hidup dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (Pinjaman PTPTN) mulai 1 Julai ini.
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kadar pendapatan bersih bulanan keluarga pelajar yang layak mendapat pinjaman penuh sebelum ini ialah RM3,000 ke bawah.
“Sebelum ini juga keluarga pelajar berpendapatan bersih RM3,000 hingga RM5,000 sebulan mendapat pinjaman yang meliputi yuran dan sebahagian sara hidup, manakala yang berpendapatan RM5,000 sebulan ke atas hanya dapat pinjaman untuk yuran.
“Langkah PTPTN untuk meningkatkan kadar pendapatan bersih keluarga ini akan memperluaskan lagi peluang pelajar IPT yang layak untuk diberi pinjaman penuh PTPTN berasaskan kepada kriteria yang memang telah ditetapkan seperti kursus yang diambil ada akreditasi dan sebagainya,” katanya.  Dipetik daripada Bernama
Kos pengajian sangat tinggi ketika ini bertambah anak mulai tadika sehingga ke menara gading. Sepatutnya perlu dilihat juga tanggungan  dan perbelanjaan sesebuah kelaurga dalam menanggung perbelanjaan dan pendidikan anak-anak. Lagipun ini bukannya biasiswa, tetapi pinjaman PTPTN yang mana mereka akan bayar balik dengan dikenakan bunga, bunga dan sehingga berbunga-bunga pinjaman PTPTN yang perlu dibayar semula oleh mereka. Cuma, kepada peminjam pinjaman PTPTN yang “berkemampuan”, bayarlah semula pinjaman PTPTN anda. Dan saya pasti mereka-mereka ini akan membayarnya semula. Tetapi….
Tetapi, kalau kerajaan bersungguh mahu meringankan beban rakyat dan mahu lepasan universiti membayar semula hutang mereka, buangkan sahaja bunga pinjaman PTPTN tersebut dek kerana untuk menampung caj perkhidmatan PTPTN.
Ini hanya merupakan sekadar pandangan saya secara umum sahaja. Justeru, perbincangan mengenai  isu sebegini sememangnya memerlukan penelitian serta kajian yang lebih terperinci. Sebagai mahasiswa kita seharusnya sentiasa peka dengan perkembangan isu ini dari semasa ke semasa. Penilaian serta pandangan mengenai isu ini adalah hak anda yang mutlak. Namun, harus diingat penilaian itu perlulah berlandaskan sumber yang betul dan disahkan. Isu ini bagi saya sendiri adalah terlalu berat untuk dikupas serta memerlukan penelitian secara terperinci dalam segenap aspek.  


0 comments:

Post a Comment