Pages

macam-macam rasa

Monday 14 May 2012

Mampukah jadi macam mak...

Salam ceria semua..bersempena dengan hari ibu yang kita raikan semalam, cik ‘T.R’ ingin mengucapkan selamat hari mak kat mak ‘T.R’ yang tersayang dan tak lupa jugak kepada seluruh ibu-ibu kat Malaysia ni. Hari-hari adalah hari ibu sebenarnya sebab bagi cik 'T.R' satu hari untuk   meraikan ibu yang telah banyak berkorban untuk kita memang tak cukup la. memang hari-hari kita perlu meraikan 'hari ibu'. memandangkan cik ‘T.R’ sekarang dah agak besar panjang dah. kadang-kadang diri ni terfikir, mampu ke aku nak jadi macam mak. Sekarang ni pun bila banyak kerja  selalu je merungut. Tapi bila tengok mak, selalu je senyum. Langsung tak pernah  tunjuk kat kita tentang bebanan yang ditanggung walaupun hakikatnya Allah yang tahu. Mak, teringinnya nak kekalkan senyuman mak tu. Tak sanggup tengok mak nangis. Tak sabar nak balas budi mak. Semoga diri ini pun mampu jadi mak yang terbaik macam mak  untuk anak-anak nanti.

Berapa banyak AIR MATA IBU yang kita tidak nampak yang telah GUGUR atas KEKASARAN KATA, KETERLANJURAN PERBUATAN..sama ada sedar atau tidak, mungkin di sebalik senyuman tuanya..ada DUKA yang TERPENDAM terhadap kita..maafkan diri ini ibu.. kerana aku tahu andai terguris hatimu aku tak mampu untuk menjadi seorang manusia yang diredhai oleh Allah..


IBU, maafkanlah aku..kerana aku PERCAYA, di dalam hatimu..selalu ADA TANGIS, yang tidak pernah terlihat olehku

Sunday 13 May 2012

IKAN SINGGANG@MASAK PINDANG...lebih kurang same je..

ni lah dia ikan singgang yang kaler kuah dye warne kuning

Salam ceria buat semua…kali ni nak cerita tentang ‘ikan singgang’..tiba-tiba je duk teringat masakan mak kat kampung. Walaupun hanya masakan kampung tapi kalau dah lame tak pekena memang sah licin dua pinggan. Dah la lame tak balik ni. Kalau citer bab makan cik ‘T.R’ memang menggemari masakan kampung, maklumlah orang kampung..


Kalau ikut pendapat rakan-rakan cik ‘T.R’ ni, diorang cakap cara masakan ikan singgang ni berbeza ikut negeri masing-masing. Kadang-kadang ada yang kuah kuning, ade yang putih dan ada juga yang letak budu. Tapi kalau letak budu tu memang first time la cik ‘T.R’ dengar. Tak pernah lagi tengok camne rupanya. Klau bleh teringin jugak la nak cuba rase. Maklumlah, budu ni memang best. Rugi tau sape yang tak makan budu..hehe..tapi jangan terlebih plak.

Saturday 12 May 2012

PTPTN: antara keperluan dan kehendak

Semenjak isu pemansuhan PTPTN mula diperdebatkan di negara kita pelbagai reaksi  dalam kalangan pelajar dapat kita saksikan baik dari segi positif mahupun negatif. Tidak dapat dinafikan bahawa pemansuhan PTPTN di dalam usaha untuk mendapatkan pendidikan secara percuma ini mampu memberi sinar baru kepada mahasiswa. Semua mahasiswa secara amnya menginginkan pembelajaran secara percuma.


 Semenjak di bangku sekolah lagi pelbagai insentif telah diberikan kerajaan demi memastikan semua pelajar dapat menikmati pendidikan dengan sempurna di samping mambantu mereka untuk mengubah masa depan yang lebih baik. Ini kerana hanya harta ilmu merupakan harta yang penting untuk kita. Kaya ilmu bermakna kita tidak akan miskin jiwa dan harta bahkan islam sendiri menuntut seluruh umatnya agar menuntut ilmu.

Anda Kuat Berangan tak???



       Salam semua, semoga korang sentiasa sihat dan berada di bawah rahmatNYA. Amin. Posting kali ni cik ‘T.R’ nak sentuh skit bab berangan. Kita semua memang tahu apa itu berangan-angan kan. Tapi jangan ingat buah berangan plak..yang tu kes lain plak.



gambar sekadar hiasan
Pernah dengar kan pasal istilah angan-angan mat jenin kan?.kalau ikut kefahaman cik ‘T.R’ ni angan-angan mat jenin ni macam tahu berangan je, tapi takde usaha. Tapi, maklumlah kita ni manusia biasa kan, kadang-kadang tak terlepas dari berangan. Selalu duk fikir ‘bestnya kalau dapat…’, ‘bestnya kalau macam ni..’.












Friday 11 May 2012

RENUNGILAH...maka BERSYUKURLAH...

Salam keceriaan buat sahabat tersayang…kali ini cik ‘T.R’ nak kongsi  tentang satu perasaan yang Allah anugerahkan kepada hamba-hambaNya yang amat dikasihi hatta setiap detik helaan nafas hambaNya. Perasaan itu adalah ‘syukur’. Yup, cik ‘T.R’ pasti memang anda semua sudah tahu apa erti perasaan bersyukur kan?.syukur secara umumnya  adalah apabila kita berterima kasih dengan segala pemberian serta anugerah yang kita perolehi.

Cik ‘T.R’ nak kongsi bab syukur ni pun adalah sekadar untuk peringatan untuk diri sendiri jugak. Alhamdulillah, cik ‘T.R’ sekarang masih lagi berpeluang dapat belajar dan meraih ilmu-ilmu Allah dengan baik. Dan Alhamdulillah Allah masih lagi memberi kesempatan untuk cik’T.R’ memahami dan serta mendalami ilmu Allah yang Maha luas ini.SUBHANALLAH..

Sunday 6 May 2012

oooo...Sambal Hitam Belimbing Buluh..Fuhh..

Salam rakan bloggerku yang sweet dan hensem selalu..hari ni tiba-tiba cik 'T.R' rasa macam nak share ngan korang tentang rasa 'sambal hitam belimbing buluh'...selalu cerita pasal motivasi je kan..jadi, kali ini nak kongsi ngan korang sume tentang keunikan sambal hitam belimbing buluh. Pertama-tamanya ni la belimbing buluh dan pokoknya. Jadi, lepas ini senang la nak kenal macam mana bentuk belimbing buluh ni ye..


Wednesday 25 April 2012

Jom Senyum....

 

Bila tengok orang senyum, kita pun akan rasa tenang kan. yang tengah berserabut ngan assignment tu mungkin  rasa tenang skit. yang tengah sedih pasti akan akan senyum balik. wah, betapa kuatnya pengaruh senyum ni. dah la automatik dapat pahala free. hanya dengan senyum segalanya mungkin berubah.  cik 'T.R' pun kadang-kadang  lupa gak nak senyum.


banyak kelebihan senyum yang cik 'T.R' jumpa, antaranya:

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

STRESS??CARA ATASI MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM

STRESS DAN CARA MENGATASINYA MENURUT PANDANGAN ISLAM:



‘STRESS’ UJIAN ALLAH S.W.T

‘Stress’ merupakan satu keadaan gangguan emosi, pemikiran dan fizikal seseorang. Seringkali dalam kehidupan kita, pekerjaan dan pembelajaran adalah dua faktor utama membawa gejala kerunsingan sehingga keadaan ketegangan atau stress. Manusia seringkali mengadu bahawa ia mengalami stress, 'tension' atau tegang. Peningkatan gejala stress di kalangan pelajar seringkali dikaitkan dengan faktor persekitaran semasa khususnya menjelang musim peperiksaan. Senario ini adalah sama apabila kita menyatakan bahawa kita tiada 'mood', atau kita tiada minat untuk belajar. Bagi golongan dewasa, stress seringkali melanda kehidupan berikutan masalah kewangan dalam rumahtangga.

Stress Menurut Pandangan Pandangan Islam: 

Punca stress itu bukan dari tekanan mental semata-mata bahkan punca tekanan itu sebenarnya berpunca dari kecelaruan dan kelemahan hati , ruh, nafsu dan akal.

Kelemahan hati yang menyebabkan rapuhnya hubungan individu itu dengan Allah SWT menyebabkan kehidupannya menjadi sempit, seolah-olah tiada jalan keluar dari setiap inci masalah. Hati yang baik mempunyai unsur yang sangat halus ( latifah ) ketuhanan ( rabbaniah ) dan kerohanian ( ruhaniah)

Firman Allah yang bermaksud: 

“Allah menguji seseorang itu dengan perasaan takut, kelaparan, kekurangan harta, nyawa dan hasil-mahsul yang tidak menjadi dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar”.

Hadis…….

“ Kesedihan atau malapetaka yang menimpa seseorang muslim merupakan kafarah kepada dosa yang dilakukan” ( Riadus Solihin )

TEKNIK MENGURUS TEKANAN

-Muhasabah diri / koreksi diri
-Mengenali punca-punca tekanan:
- Kurang Kemahiran
- Kurang Ilmu
- Kurang Komunikasi
- Hubungan dengan orang atasan dan bawahan
- Pengurusan masa tidak cekap
- Masalah keluarga/kewangan dll

 Ambil tindakan tertentu:

- Menghadiri kursus - Dapatkan bantuan pakar
- Meningkatkan ilmu/kemahiran komunikasi dll

PENAWAR ROHANI

SOLAT

a. Hajat b. Taubat Firman Allah yang bermaksud: “ Mintalah pertolongan dengan Allah dengan sabar dan mengerjakan sembahyang”. ( Al-Baqarah (2):153)

DOA

- Doa mengelakkan lapan perkara: 
 1. Rasa sedih 
 2. Dukacita 
 3. Malas 
 4. Lemah 
 5. Penakut 
 6. Bakhil 
 7. Bebanan hutang 
 8. Gangguan Manusia